Pyqahh.

Intro
Do respect my posts & i'll respect yours, thankyou :-)

InstaTwittah!

Instagram
Walking Talking

letak link anda yang betul.
No Harsh words allowed here.
Click 'Hantar' sekali sahaja.


Credits

Basecode by: Aina Syaza
Editor: Amel Jasmeen
Owner: Me as pyqah.
Others:   
how to belajar dengan betul a.k.a tips belajar
Bismillahirahmanirahim,

Dalam hidup seseorang tu, apa yang Allah tengok ialah usaha, bukannya your IQ or hasil or whatsoever. Please take note!

 Yes! Life as a student is a complicated life (for me). Yelah, nak fikir belajar tu belajar ni, sampai satu tahap aku terfikir, aku belajar banyak banyak ni nanti dah besar entah entah kerja takde kena mengena dengan apa yang aku belajar ni. Lol, dulu memang selalu lah cakap macam tu sebab hidup in 'unmotivated' punya keadaan haha. Bila dah besar sikit (form2 is not besar enough pft ik) ramai je yang tegur itu ini, baca itu ini, ada orang yang lebih matured yang nak tolong ingatkan itu ini. So, rasa macam terjagalah sikit HEHEHE :-p

Okay enough of me. Sekarang ni bercakap pasal life student. Kat sekolah, mesti ada kawan (takpun diri korang sendiri) (include me :p) yang pernah/selalu cakap, "weh aku tak pandai macam kau" "weh tengok ni result macamni..." "weh result aku teruk la pt3 dah dekat ni!" "weh kan best kalau aku gifted macam kau" and the list goes on. All i want to say is "WAKE UP GUYS, STOP MENGELUH PASAL YOUR IQ!!" (selfreminderjugakni) sebab apa yang Allah tengok tu, bukan hasil korang, bukan iq korang, Allah tengok korang punya USAHA! And selalunya, apa yang korang dapat tu adalah setimpal dengan usaha korang. Korang belajar sikit, sikitlah dapat. Belajar banyak, banyaklah dapat. Mungkin tak dapat hari ni, tapi esok esok mesti dapat. Tak dapat kat sini, kat 'sana' mungkin dapat. Semuanya setimpal dengan usaha korang. Tak ada yang 'tak dapat'. Cuma cepat atau lambat, sekarang atau nanti dan dekat sini atau sana. Itu je, mudah kan?

Apa yang aku nak share ni mungkin boleh dianggap satu usaha bagi korang. Credit to seorang hamba Allah yang super-baik-hati sebab share cara nak belajar ni. Mana-mana yang sebelum buat silap ni, jom ubah! (sebab aku pun jarang buat semua ni how bad i am)


  • Masa belajar, jangan pakai mp3! Selalunya students asrama yang selalu buat benda ni sebab yeah dekat kelas bising, dekat asrama pun bising. Senang cerita, tak ada tempat yang tak bising dekat asrama. Tapi tak mustahil jugak ada student yang bukan asrama yang belajar sambil dengar mp3, kan? Okay, sekarang ni tak adalah nak cakap korang guna mp3 tu salah. Jangan buang pulak mp3 lepasni hehe. Tapi, seeloknya jangan pakai mp3 time belajar. Sebab, belajar tu macam satu ibadah. Korang tambah ilmu tu dikira ibadah. Tapi, bila korang dengar mp3, buka pula lagu yang rock, kpop & yang lain lain tu (terutama lagu english) benda tu dah dikira lagha. Lagipun syaitan suka muzik yang senang buat orang lalai ni. So, tak baiklah, kita nak buat ibadah tapi dalam masa yang sama kita macam tak fokus dengan ibadah yang kita buat tu

  • Jangan minum nescafe/kopi!! Ha ni penting, berdasarkan oleh si hamba-Allah-yang-beri-tips ni lalui, dulu dia selalu stay up malam malam study dan minum nescafe. MAcam yang korang tahu, nescafe sekarang makin sedap, banyak jenis kan! But, thankgod aku tak minum nescafe/kopi hehe. Seeloknya, jangan minum sebab nak jadikan alasan supaya tak mengantuk time belajar lah apa lah kan. Guys, we're still kids! Kalau ngantuk, main lah dulu ke apa ke, banyak benda yang kita boleh buat, bukan dengan minum air macam ni. Sebab kesan dia, dia makin buat otak kita jadi lambat nak berfungsi. Kita makin lambat nak tangkap apa yang kita belajar tu, Lebih kurang macam, kita sekadar baca tanpa masuk otak. Ha, taknaklah macam tu kan? :-)

  • Last, kurangkan stay up. Ini juga based on pengalaman hamba Allah yang bagi tips tu. Dia kata, dulu dia selalu stay up (i know shes being honest) kadang kadang sampai 2/3 pagi. Sebelum exam, dia sangat sangat sangat selalu stay up. Dan, dia kata keputusan dia biasa biasa je i mean addmaths masih tak capai target and so do bio/chemist dll. Agak frust time tu, dia cakap. Yelah, siapa je yang tak kecewa bila kita dah penat stay up, tidur cuma 1/2 jam, pukul 7 dah kena beljar balik, korbankan masa tidur yang pada aku sangat berharga tu tapi hasilnya biasa biasa je. Then, dia ubah cara belajar dia. Stay up paling lambat mungkin sampai 12.30 malam je. Lepastu dia tidur, rehatkan otak, bagi otak brethe in brethe out dengan tenang hehe. Dan hasilnya, bila trial, Alhamdulillah semua yang dia target, dia dapat :-)
So, kesimpulannya dekat sini, semua benda yang kita buat (belajar) fikir dulu kesan dia pada diri kita, tubuh badan kita. So tak ada lah yang kecewa bila dapat keputusan nanti hehe.

p/s: tips dekat atas ni tak berjalan/berkesan pada sesetengah orang mungkin sebab korang dah terbiasa and u guys dah dapat apa yang korang nak, kan? Tak kisahlah, aku share untuk semua orang :-)

Semoga ikhlas.

Attitude
Bismillahirahmanirahim,

"Maka disebabkan rahmat Allah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri daripada sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka, mohonkanlah keampunan bagi mereka."
(Surah Ali-Imran, Ayat 159)

Bila baca, kena faham, kena muhasabah diri. Bukan setakat baca ((note to self)) Aku tak berani nak sentuh apa-apa pasal ayat kat atas, cuma nak bagi korang muhasabah diri balik, nampak tak dekat dalam Al-Quran lagi banyak quotes yang boleh kita ambik iktibar, daripada quotes dekat luar? #tazkirahcermin.

Sebenarnya nak cerita pasal "maafkan orang". Dalam hidup ni, yeah macam yang semua orang tahu, takde sorang pun dari kita ni yang tak pernah lari dari buat silap kan? Even time kita hidup dari kecik tu, mesti ada je. Tak dengan orang, dengan diri kita sendiri pun kita pernah buat salah. Sebenarnya, semua tu asal dia, akar dia dari attitude kita sendiri. Sounds funny tapi memang itu yang sebenarnya. Bila attiude kita tak elok, sekaligus kita buat salah. Sama ada dengan diri sendiri, takpun dengan orang lain. Ha bila dah buat salah dengan orang lain tu, memang teruklah padahnya.

"Minta maaf dengan Allah tu lagi mudah berbanding nak minta maaf dengan manusia yang ada sifat dengki ni." Nampak tak dia punya susah nak minta maaf dengan manusia ni? Manusia ni, sifat dengki dalam diri setiap orang mesti ada punya, tak banyak pun sikit jadi lah. Sebab tu, bila kita nak buat apa-apa, fikir dulu. Benda tu sakitkan hati sesiapa tak, bawak kesan pada sesiapa tak, kalau yakin benda tu takde kesan negatif, then just go on. Susah bila kita dah buat salah lepastu nak minta maaf.

Kalau kita terbuat salah dengan orang yang jenis "takpe lek, aku tak kesah pun, chill lah weh, be happy, bla bla bla" & dia maksudkan apa yang dia cakap tu, then hidup kau senang. Tapi bila kau dapat orang yang jenis macam "hm okay,lek ah" tapi dalam hati membara tak tentu pasal, then hidup kau tak berapa senang. Okay, aku takdelah cakap tak payah minta maaf dekat orang yang cool tu, kau kena juga minta maaf sebab yeah orang takdelah lembut hati sangat kalau ada sesiapa sakitkan hati lepastu taknak minta maaf,kan? Minta maaf jugak, then selesai. Tapi bila dengan orang yang kurang cool ni, kau kena try hard minta maaf dengan dia. Susah memang susah, tapi kalau kau usaha, mana tahu Allah permudahkan semuanya kan? Andai kata kau memang dah usaha gila minta maaf tapi orang tu tetap dengan hati batu dia, wallahualam. Itu urusan dia dengan Allah :-)

Tapi, bila kita nak orang maafkan kita, kita mestilah maafkan orang jugak kan? So, jadilah orang yang cool. Yang tak banyak simpan dendam. Bila kau tak simpan dendam banyak banyak dalam hati kau, insyAllah, hidup kau tenang. Setiap kali orang buat salah dengan kau, ok aku admit marah tu memang lah marah. Tapi, tak semua benda yang jadi tu, ikut kemahuan kita. benda tu semua dah ditentukan oleh Allah, so kita nak buat apa lagi? Maafkan je lah,kan? Bila kau mudahkan hidup seseorang, insyaAllah hidup kau pun jadi mudah, nanti. So, setiap kali nak tidur, baca doa tidur then niat, "Ya Allah, aku maafkan semua dosa orang yang dah buat salah dengan aku hari ni, dan hari hari yang semalam dan seterusnya. Ya Allah, kau ampunkanlah juga segala dosaku, dan kau permudahkanlah urusanku." Kalau hari hari kau buat macamni sebelum tidur, insyaAllah, Allah dengar semua doa kau tu & tak mustahil kalau Dia makbulkan apa yang kau hajatkan. Ingat, doa tu penting. Doa senjata orang Islam.

p/s: sebelum tu, nak minta maaf kepada sesiapa yang baca ni, kalau kalau aku ada buat salah dengan korang sebab yeah aku tak sebaik mana sampai tak pernah buat salah dengan orang :-)

ikhlas.


Older Post